16K Netizen Di Facebook Undi Sajat Lelaki


NAMA Nur Sajat tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia cukup dikenali ramai sebagai antara ahli perniagaan yang cukup berjaya dan ada kelas tersendiri di Malaysia.

Namun, dalam kejayaan hebat yang dikecapinya, ada pula cerita kurang enak membelenggu usahawan ini sejak dulu lagi yang gagal dirungkai dan menjadi misteri sehingga kini.

Justeru ramai netizen yang masih lagi mempersoalkan tentang kesahihan jantina Sajat walaupun sudah berkali-kali Sajat tampil menjelaskan yang dirinya sebenar ialah wanita.

Berdasarkan tinjauan undian yang dilakukan menerusi laman Facebook Mynewshub, sebanyak 87 peratus daripada kira-kira 16,000 netizen bersetuju bahawa Sajat adalah seorang lelaki.

Undian tersebut telah dilakukan selama empat hari sejak 8 November lalu. Menariknya, ruangan komen ‘uji kaji’ ini dipenuhi dengan pelbagai pendapat tersendiri netizen.

Ada yang mengatakan bahawa usahawan ‘wanita’ ini sememangnya merupakan perempuan tulen dan ada juga yang mendakwa sebaliknya.

“Lelaki. Tapi perasan nak jadi perempuan. Tak sedar diri. Tak ingat mati ke Sajat ni?” komen Siti Naqiah.

Deq Nur pula berkata, “Lelaki. Kalau dia hamil baru percaya yang dia perempuan tulin. Buktikan ya bro/sis.“

Tidak kurang pula yang mendoakan supaya Sajat dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat.

“Semoga Allah buka pintu hati Sajat untuk bertaubat sebelum terlambat,” tulis Rohizan Izan.

Terdahulu, Sajat ada memuat naik gambar sanitary pad yang berdarah. Namun, mungkin ramai yang mengecamnya, posting tersebut telah dipadam.

Sebelum ini, seorang bekas pondan yang bernama Jefferi Mohd. Nor turut meminta Sajat agar menghentikan penipuan dan kembali ke pangkal jalan.

“Sebaik melihat video itu, saya berdoa supaya Allah SWT melembutkan hatinya dan semoga Nur Sajat kembali semula ke pangkal jalan. Saya tahu video berkenaan ditujukan khas buat saya.

“Mungkin dia rasa tercabar dan tercalar kerana hanya dia mengetahui siapa dirinya yang sebenar dan nasihat saya jangan hidup dalam penuh penipuan,” katanya dipetik Harian Metro.

Terdahulu, video penghijrahan Jefferi dari pondan kembali kepada lelaki sebenar telah tular di media sosial. Disebabkan itu, lelaki 52 tahun itu turut menasihatkan supaya mereka yang lain turut kembali kepada fitrah.


Sajat yang juga pengasas NS Aesthetic Sdn. Bhd. turut membuktikan dirinya seorang wanita apabila mengumumkan akan menamatkan zaman bujangnya bersama seorang jurulatih kecergasan, Coach Yin pada tahun hadapan.

Tambahan pula, dia telah pun berjumpa dengan keluarga teman lelakinya di Kelantan pada Oktober lalu.

Walaupun sudah banyak kali menyatakan tentang jantina yang dimilikinya, sehingga kini masih ramai yang mengkritik serta mengecamnya pula.

Tetapi, Sajat tidak menghiraukan kata-kata kurang enak itu dan hanya fokus kepada bisnes dan kehidupannya.

Dengar-dengarnya tidak lama lagi Sajat akan membuka sebuah wismanya sendiri di Shah Alam, Selangor.

Walau apapun, doa sahaja yang baik-baik untuk Sajat sekeluarga. –Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com