Zam Ditolak PKR Dan Pengundi Jika Kembali Tanding Di Merbok?


ALOR SETAR - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali Zam tidak mungkin kembali bertanding di Parlimen Merbok atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU-14.

Walaupun beliau pernah menang besar atas tiket Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2004,  penduduk Merbok tidak akan dapat menerima beliau  jika pun beliau ingin kembali bertanding di situ.

Zam kalah pada PRU 2008 di kawasan Parlimen Sungai Petani, iaitu tahun malang bagi BN di Kedah kerana jatuh pada pakatan pembangkang yang diterajui PAS.

Jika beliau berhasrat untuk bertanding lagi di Merbok,  Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin memprotes kerana kawasan itu 'tradisinya'  ditandingi oleh parti tersebut semasa parti itu  bekerjasama dengan PAS. 

Faktor umur dan kedudukan  Zam sebagai 'orang luar' kawasan menyebabkan beliau tidak lagi diterima sekalipun Zainuddin pernah menjadi ahli parlimen kawasan itu.

Bagi Ketua Penerangan UMNO bahagian Merbok, Datuk Mazrul Nizam Abdullah, pengundi Merbok melihat ciri-ciri calon pilihan ialah  mereka yang sentiasa berdampingan dengan rakyat dan seringkali  turun padang membantu penduduk.

 Lagi pun, katanya calon BN masih tetap menjadi pilihan majoriti pengundi Merbok walaupun PKR dan PAS dijangka meletakkan calon pada PRU  kali ini. 

( Parlimen Merbok dimenangi oleh PKR pada 2008) sebelum dirampas semula BN pada PRU 2013).

" Saya percaya rakyat akan tolak calon payung terjun pada PRU akan datang kerana zaman telah berubah. Ia bukan lagi seperti era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad di mana ramai calon luar diberi tempat bertanding di negeri ini , " katanya lagi. 

Sebuah portal berita semalam membayangkan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu mungkin kembali bertanding di Merbok jika ditawarkan oleh PPBM.

Ini memandangkan Zam  adalah penyekong tegar Dr. Mahathir yang kini mengetuai Pakatan Harapan selain kedudukannya sebagai Pengerusi PPBM.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Dato' Shaiful Hazizy Zainol Abidin memberitahu Zam masih belum dipecat dari UMNO namun beliau  tidak pasti mengenai kedudukan terkini parti yang disokong bekas ketua penerangan UMNO bahagian Merbok  itu - Kedahnews.com.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com