Wira Kecil Kedah Dianugerahkan Pingat Hang Tuah


ALOR SETAR - Disebabkan keberanian yang ada pada diri kanak-kanak berusia 12 tahun ini, Muhamad Farid Iskandar Mohd Zulkarnain telah dianugerahkan pingat Hang Tuah sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Negeri Kedah.

Penganugerahan tersebut diberikan kerana keberaniannya menyelamatkan rakan-rakannya dalam kejadian kebakaran di asrama Maahad Tahfiz Al Quran Wartarbiyatul Islamiyah, Baling 6 Ogos lalu.

"Saya ikhlas menolong kawan saya dan tak sangka akan dapat anugerah sebegini," katanya.

Farid berkata demikian ketika ditemui pada sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat Kedah di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di Felda Sungai Tiang, di Pendang, semalam.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 1 pagi dalam Farid pada ketika itu terjaga dari tidur,

Saya nampak asap, saya syak asrama kami dah terbakar jadi saya gerak (kejut) kawan-kawan saya enam orang untuk bangun tidur dan berlari keluar dari bangunan.

"Masa nak turun dari tingkat tiga, seorang kawan saya bernama Hazwan terjatuh dan saya berusaha untuk memapah dia turun bersama," katanya.

Jelasnya, setelah menyelamatkan kawan-kawannya, dia mengambil keputusan untuk memadamkan api dengan mengangkut air dalam baldi bersama rakannya namun api menjadi semakin marak.

Farid turut menerima wang tunai RM1,500, plak dan sijil penghargaan sempena anugerah itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com