Warga Emas Nyaris Jadi Mangsa Rogol Lelaki Menakutkan


SUNGAI SIPUT - Seorang warga emas nyaris dirogol setelah kediamannya di Kampung Kuala Karai, Enggor dipecah masuk seorang lelaki berkelakuan menakutkan, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi, wanita berusia 63 tahun itu turut cedera di mata akibat ditumbuk dengan tangan beberapa kali, ketika cubaannya melepaskan diri.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Abd Fatah Abd Rahman berkata,  mangsa pada awalnya menyedari suspek berusia 53 tahun memasuki rumah itu, lalu bertindak melarikan diri dalam bilik air.

Menurutnya, akibat tidak puas hati, suspek memecahkan pintu bilik air dan menarik mangsa keluar lalu menumbuk mangsa sebanyak tujuh kali.

"Pengadu yang tinggal seorang diri ketika kejadian, cuba melawan namun tidak berdaya.

"Dalam keadaan itu, mangsa melihat lelaki terbabit menanggalkan seluar dipakai dan seluarnya.

"Akibat ketakutan, mangsa menjerit kuat menyebabkan suspek yang panik segera melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga penduduk tempatan tinggal di kawasan berhampiran berjaya ditahan polis dan kini disiasat dibawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merogol.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian mata sebelah kanan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh," katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com