Ultraman ‘Selamatkan’ Budak Menangis Di Kedai Gunting


PULAU PINANG – Di sebuah kedai gunting rambut di Sungai Ara, Bayan Lepas, muncul seorang adiwira “menyelamatkan” kanak-kanak menangis.

Kemunculan istimewa Ultraman di Boogie Woogie Barbershop, di sini untuk memujuk kanak-kanak agar tidak menangis ketika rambut digunting.

Nor Fadzly Hamizam, 32, mengakui sambutan diterimaya agak menggalakakan khasnya kanak-kanak terhadap kemunculan hero itu pada Khamis, lapor mStar Online.

“Kebiasaannya, kanak-kanak ini susah nak duduk diam bila nak digunting rambut. Belum lagi yang menangis, sampai mak ayah kena pujuk mereka.

“Kami gunakan pendekatan mesra pelanggan kanak-kanak yang dapat membantu menenangkan mereka sepanjang rambut digunting,” kata pemilik kedai itu.

Mesra disapa Cik Li, dia berkata selain Ultraman, beberapa lagi kostum adiwira akan dipakai secara bergilir oleh empat tukang gunting di premisnya.

Katanya, antara watak itu ialah seperti Ironman, Spiderman, Mickey Mouse, Minnie Mouse, Hello Kitty, termasuk watak dari filem Star Wars.

“Jangan risau, tukang gunting rambut tidak akan pakai kostum. Tapi adiwira atau maskot akan berada di sisi kanak-kanak supaya mereka lebih tenang.

“Selain itu, tiada caj tambahan untuk penampilan khas adiwira atau maskot ini,” katanya menambah operasi bermula setiap hari kecuali Isnin, bermula 2.30 petang.

Namun Nor Fadzly berkata adiwira itu ditentukan secara rawak dan pihaknya akan memaklumkan tiga hari lebih awal kemunculan indentiti adiwira di Facebook kedai itu.

Kadar bayaran di premis bersama rakan kongsi, Muhammad Nawawi Abdullah, 28, dikenakan RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. 

Sumber: Mynewshub

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com