Tiket Final Piala Malaysia Dijual 1 November


ALOR SETAR - Sebanyak 72,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia diantara pasukan Kedah dan Johor Darul Takzim (JDT) diperuntukkan kepada penyokong kedua negeri akan mula dijual pada 1 November seawal jam 9 pagi di kaunter stadium.

Telah berlangsung semalam satu mesyuarat berkenaan penyelarasan Tiket Final TM Piala Malaysia bersama pengurusan kedua-dua pasukan serta wakil kelab penyokong rasmi dari Kedah FA dan JDT FC yang diadakan di bilik mesyuarat Stadium Shah Alam.

Pada final kali ini, FMLLP membuka pintu kepada kelab penyokong untuk bersama-sama memastikan kelancaran pembahagian dan penjualan tiket.

Pada mesyuarat pra-penyelarasan perlawanan akhir TM Piala Malaysia bersetuju dan memutuskan beberapa isu tiket seperti harga tiket, dan pembahagian tiket diantara kedua pasukan yang bertanding diberikan sama rata.

Berikut adalah penyelarasan tiket yang telah dipersetujui: 

1. Tiket DEWASA RM50, KANAK-KANAK RM5.

2. Setiap pasukan DIPERUNTUKKAN 30,000 keping tiket.

3. Tiket akan dijual serentak di Kedah dan Johor pada 1 November, Rabu jam 9:00 pagi.

4. 4,000 keping tiket online diperuntukkan untuk setiap pasukan akan dijual secara online.

5. 4,000 tiket online untuk pemegang kad pengenalan dari Kedah.

6. 4,000 tiket online untuk pemegang kad pengenalan Johor.

7. 2,000 tiket online dibuka kepada mana-mana penyokong.

8. 2,000 tiket kanak-kanak diperuntukkan, 750 tiket kanak-kanak untuk Kedah FA, 750 tiket kanak-kanak untuk JDT FC, 500 tiket kanak-kanak dijual secara online.

9. Tiket online dijual di www.tickethotline.com.my pada 1 November, Rabu jam 9:00 pagi.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat; Setiausaha Kehormat JDT, Kapten Mohd. Fahmy Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif KFA, Shahrul Samsudin.

Kemuncak saingan akhir TM Piala Malaysia diantara pasukan Kedah menentang JDT akan dijadualkan berlangsung pada 4 November ini. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com