Tidak Mengaku Buat Seks Luar Tabii Ke Atas Anak Kandung


PUTRAJAYA - Seorang pelayan restoran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak, semalam atas pertuduhan melakukan seks luar tabii dan melakukan serangan seksual terhadap anak kandungnya Julai lalu.

Lelaki berusia 35 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di hadapan hakim Yong Zarida Sazali.

Pelayan restoran makanan Jepun itu didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan anak kandungnya yang berusia 11 tahun di sebuah pangsapuri , Petaling Utama, pada Jun 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki itu juga berdepan tuduhan menggunakan kekerasan jenayah  dengan meramas buah dada mangsa di lokasi sama pada Julai 2017.

Bagi kesalahan itu pula dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Jaminan tidak dibenarkan oleh mahkamah atas Timbalan Pendakwa Raya membantah jaminan kerana dikhuatiri mengganggu mangsa yang masih tinggal bersamanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula merayu dilepaskan dengan jaminan kerana mendakwa dia tidak tahu di mana isteri dan anaknya berada kerana telah melarikan diri.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com