Tiada Tandatangan Mahathir, Isu Watikah Perlantikan PPBM Terus Jadi "Misteri"


ALOR SETAR - "Misteri" mengenai isu watikah perlantikan bekas salah seorang pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saaduddin, masih lagi belum selesai dan terus mencetus persoalan terhadap integriti parti baru itu.

Anina mendakwa, watikah perlantikannya sebagai Ketua Srikandi Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM yang diterima dari parti itu hanya ditandatangani oleh dirinya, tapi tiada tandatangan Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ekoran itu, Anina merasa sangat pelik dengan watikah tersebut sedangkan Mahathir telah pun menurunkan tandatangan beliau di atas surat watikah yang asal di depannya.

"Kenapa saya katakan (watikah itu) palsu? Kerana ketika saya mengangkat sumpah, saya menurunkan tandatangan, dan Tun Dr Mahathir Mohamad juga menurunkan tandtangan di hadapan kita semua.

"Tetapi watikah yang diberikan (oleh PPBM) kepada saya itu tanpa tandatangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Type setting pada watikah itu juga nampak compang-camping, memang jelas bukan yang original," katanya mempersoal tentang integriti PPBM yang dikepalai Mahathir itu.

Anina dalam kenyataannya yang dipetik dari sebuah portal itu juga mendesak PPBM supaya mengembalikan watikah perlantikannya yang asal dan membuktikan parti itu tidak memomokkan dirinya dengan surat palsu.

"Jadi saya minta supaya parti ini menjawab soalan saya. Saya mahukan yang original.

"Jika mereka mengatakan (watikah) ini hanya salinan, saya pelik jika salinan mengapa pula tidak ada tandatangan Tun (Mahathir)?

"Buktikan kepada saya bahawa parti (PPBM) ini tidak memalsukan surat watikah perlantikan saya sebagai Ketua Srikandi," tegasnya.
Anina sebelum ini digugurkan dari jawatan Ketua Srikandi PPBM pada Disember tahun lalu atas alasan mencemarkan nama baik parti ekoran terpalit dengan dakwaan skandal seks dengan bekas pembantunya.

Walau digugurkan, Anina masih kekal sebagai ahli PPBM dan Ahli Majlis Tertinggi serta tidak dipecat dari parti disebabkan tiada sebarang bukti kukuh yang dirinya bersabit dengan tuduhan yang memalukan itu.

Namun begitu, Anina mendakwa akhirnya dia dipecat dari Majlis Tertinggi PPBM dengan cara dikeluarkan dari dua grup applikasi Whatsapp kepimpinan parti itu tanpa sebarang makluman "hitam putih". 

Mahathir sebelum ini pernah memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seluruh jawatan kerajaan serta politik di dalam UMNO dengan tuduhan liwat dan salah laku moral yang cukup memalukan.

Justeru itu Anina sekali lagi mempersoalkan kredibiliti PPBM sama ada parti itu lebih baik dan beretika berbanding parti lama mereka, UMNO.

Difahamkan bahawa Anina kini sedang berusaha menubuhkan sebuah NGO, dan tidak menyertai mana-mana parti sama ada UMNO mahupun parti pembangkang yang lain. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com