Syed Saddiq Nak Berdamai Semula Selepas 'Palit Lumpur' Ke Muka Hamidah


SETELAH mendakwa bekas pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerima 'dedak' sebagai habuan untuk meninggalkan parti,   Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu kembali berdama dengan mereka yang dituduhnya itu. 

Syed Sadiq kini dikatakan bersedia bertemu bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman bagi menyelesaikan ‘pertelingkahan’ antara mereka.

Hamidah, dalam akuan FBnya berkata, " Ramai yang marah marah bila saya bangkit menentang fitnah yangg dibuat oleh Syed Saddiq ke atas saya kerana kononnya bagi peluru kpd UMNO

"Persoalannya kenapa Syed Saddiq tak dipersalahkan kerana ini semua bukan ke angkara Syed Saddiq?? kata Hamidah

Syed Saddiq memberitahu media semalam pertelingkahan yang berlaku antaranya dengan Hamidah hanyalah salah faham dan sebab itu dia  bersedia bertemu Hamidah.
.
Hamidah meninggalkan PPBM serentak dengan bekas Ketua Srikandi Anina Saaduddin pada 16 September lepas kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pemimpin PPBM.

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, Syed Saddiq mendakwa beberapa pemimpin yang meninggalkan PPBM menerima sogokan. Tuduhan itu menyebabkan dua bekas pemimpin PPBM membuat aduan polis dan SPRM untuk menyiasat Syed Saddiq yang didakwa membuat kenyataan  fitnah terhadap mereka.

 Syed Saddiq semalam mengadakan pertemuan  dengan adik Hamidah, Hamizura Osman.

Hamizura memberitahu  Syed Saddiq membuat dakwaan itu kerana beliau tidak mendapat maklumat tepat kerana tiadanya komunikasi antara mereka.

“Saya rasa Syed Saddiq hanya mendengar cerita dari satu pihak, dan tidak pernah cuba mendapatkan cerita daripada pihak satu lagi,” katanya.

Pada perjumpaan itu Syed Saddiq tidak pula menyatakan permohonan maaf kepada Hamidah.

"Jadi tuduhan yang mengatakan Dato Midah gila kuasa... Agen UMNO..... Pengkhianat adalah tidak benar kerana ianya berpunca dari salah faham," kata Hamizura dalam Facebooknya. 

"Tentang tuduhan rasuah, saya menasihati Syed Saddiq perlulah menyelesaikannya sendiri dengan Dato Midah  kerana isu ini agak besar," kata Hamizura. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com