Syed Saddiq Berpotensi Jadi Menteri Jika Pakatan Menang, Kata Kit Siang


SELEPAS berjaya " menawan" Tun Dr. Mahathir Mohamad, Penasihat DAP Lim Kit Siang kini sedang memberi 'gula-gula'  kepada  Ketua Armada  PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam satu kenyataan, Kit Siang memuji dan percaya Syed Saddiq berpotensi menjadi menteri kabinet termuda  jika  Pakatan Harapan menang PRU14.

Kit Siang menyifatkan Syed Saddiq sebagai contoh anak muda Melayu dalam parti pembangkang  yang berani menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Umum mengetahui, Syed Saddiq merupakan 'anak didik' Dr. Mahathir dalam PPBM.

Syed Saddiq baru-baru ini mendakwa ada orang kanan Putrajaya menawarkan RM5 juta supaya beliau meninggalkan PPBM.

Kit Siang menyatakan beliau percaya Syed Saddiq bercakap benar tentang dakwaan sogokan wang itu walaupun Syed Saddiq dilaporkan belum lagi membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM). 

Semalam, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Kit Siang sebagai diktator paling hebat dalam arena politik negara ini kerana berjaya menawan dan menjinakkan bekas Dr. Mahathir.

Menurut Annuar, Dr. Mahathir adalah individu yang paling sukar untuk dikalahkan tetapi Kit Siang dapat membuatkan Pengerusi Pakatan Harapan itu menjejakkan kaki ke Ibu pejabat DAP baru-baru ini.

“Dr. Mahathir sepanjang 22 tahun berkuasa dalam UMNO, Kit Siang belum pernah jejakkan kaki ke Ibu pejabat UMNO.

Tetapi Kit Siang berjaya buat Dr. Mahathir 'cium' pejabat DAP dan ini merupakan tanda bahawa Kit Siang telah berjaya tawan Dr. Mahathir,” katanya.

" “DAP akan terus berkuasa dan memperkudakan sesiapa sahaja termasuk bekas pemimpin UMNO mahupun rakan dalam kem pembangkang demi survival politik dan kuasa", katanya.

Menurut beliau, DAP gunakan wanita Melayu muda seperti Dyana Sofia Mohd Daud (bekas calon Parlimen Teluk Intan) hanya untuk publisiti. Bukan mencari mereka yang betul-betul ada kelayakan seperti dibuat UMNO.

Annuar yang juga AhliParlimen Ketereh berkata demikian ketika menjadi panel Bicara Minda dan Sesi Dialog: Perjuangan Untuk Semua anjuran Biro Penerangan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.- Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com