Suraya Minta Pemimpin Komuniti Peka Keperluan Kanak-Kanak


ALOR SETAR - Bagi memastikan kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang kondusif, pemimpin komuniti di peringkat akar umbi perlu memainkan peranan dan peka dengan keperluan mereka.

Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Usahwan Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, bagi memastikan ia terjadi, pemimpin komuniti perlu proaktif dalam mendekati golongan kanak-kanak agar dapat mengetahui keperluan mereka.

Selain itu, masyarakat sekeliling juga perlu untuk sedar akan kepentingan perlindungan dan keselamatan terhadap kanak-kanak.


"Kesedaran masyarakat mengenai hak dan keperluan kanak-kanak perlu dipupuk dan dikembangkan dalam masyarakat.

"Golongan ini mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat dan selesa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Kedah di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Sungai Tiang, Pendang, semalam.

Menyediakan kemudahan dan 'huburan' bagi generasi Y seperti gelanggang futsal mampu untuk memberi kebaikan kepada perkembangan kanak-kanak.

Malah, tidak salah untuk menjaga tepi kain orang kerana ia mampu untuk membendung gejala negatif dan segala musibah dan isu yang menimpa kanak-kanak seperti didera dan sebagainya dapat dielakkan.

"Sentimen seperti ini perlu disemarakkan kembali dalam kalangan masyarakat sekarang supaya anak-anak kita dapat dihindar daripada ancaman gejala negatif," katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com