Suami Isteri Dicari Kes Rogol Remaja 16 Tahun


KAJANG - Sepasang suami isteri dicari polis selepas dipercayai memperkosa dan memukul seorang remaja perempuan berusia 16 tahun.

Kejadian difahamkan sejak Julai lalu itu berlaku ketika mangsa yang sudah tidak bersekolah bersama teman lelakinya untuk bekerja di sebuah kedai besi buruk di Bandar Teknologi, di sini, kepunyaan suspek.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, sejak berkerja bersama suspek,  mangsa dan teman lelakinya sering dipukul menggunakan kayu, paip, besi, penyangkut baju dan tangan oleh suspek dan isterinya sekiranya melakukan kerja yang tidak memuaskan hati.

Menurutnya, mangsa juga telah diperkosa beberapa kali oleh suspek dan dipaksa menjilat kemaluan isteri suspek.

"Bagaimanapun, pada September lalu, teman lelaki mangsa telah berjaya melarikan diri dari rumah suspek. Manakala mangsa melarikan diri pada 3 Oktober lalu dengan bantuan seorang kenalan lelakinya.

"Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Kajang dan laporan polis turut dibuat mangsa kelmarin," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Selain itu terdapat kesan parut dan luka di beberapa anggota badan mangsa dipercayai dipukul.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376/324 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, siasatan masih dijalankan dan polis masih dalam usaha mengesan pasangan suami isteri terbabit.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com