'Street Videografi' Trend Anak Muda Kini


MEMASUKI era millenium yang saban hari menyaksikan ledakan baharu teknologi terkini dalam dunia digital, menjadikan dunia videografi jalanan semakin menjadi pilihan anak muda.

Selari dengan perkembangan itu, satu bengkel 'Street Videography' diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf semalam dengan kerjasama Fleexy Studio dan Pertubuhan Pembangunan dan Inovasi Wanita (Wadi) bagi meraikan pengiat videografi jalanan.

Presiden Wadi, Sukmamurni Abdul Manaf berkata, tidak terhad kepada anak muda, trend itu turut menular dalam kalangan pelajar sekolah dan semua peringkat usia.

"Trend ini mungkin wujud disebabkan perkembangan teknologi yang dilihat sebagai pemangkin kepada alat perhubungan masa kini.

Aqib Alfadaaq, Felo Kanan Wadi, Mohd Rizal Jaafar dan Sukmamurni menjayakan bengkel 'Street Videography' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, semalam.

"Minat itu boleh dilihat sejak dua tahun lalu, ditambah pula dengan munculnya pelbagai aplikasi terkini seperti WhatApps, Facebook dan lain-lain," katanya kepada Sinar Online.

Justeru katanya, beliau terpanggil menyediakan satu platform bagi pengiat videografi jalanan bersama dalam satu bengkel untuk mencambah lagi minat yang mereka ada itu.

"Kita buat bengkel videografi ini bukan sahaja untuk suka-suka. Sebolehnya kita berharap agar peserta dapat membuat video yang mempunyai mesej sosial," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pemasaran Fleexy Studio, Aqib Alfadaaq berkata, dunia videografi jalanan semakin menjadi trend anak muda masa kini.

"Perkembangan ini kami lihat ia perlu dirai supaya minat yang ada pada pengiat ini dapat dibimbing, dan besar harapan agar karya yang mereka hasilkan itu dapat memberi mesej," katanya

 Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com