Sokong Kedah Demi Maruah Bolasepak Malaysia


ALOR SETAR - Jika ditanya mengenai pasukan bolasepak mana yang menjadi pilihan jutaan peminat bolasepak di seluruh Malaysia, pastinya ramai yang akan memilih dan menyokong pasukan Kedah.

Jadi, pasukan mana pula yang menjadi pilihan anda pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di mana Kedah menentang Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan akan berlangsung pada 4 November akan datang.

Rata-rata penyokong bolasepak tanah air memilih skuad Lang Merah kerana kualiti, keaslian dan ketulenan yang dimiliki mereka jika dibandingkan dengan JDT.

Jika dibandingkan dengan JDT, hampir kesemua pemain-pemain skuad Lang Merah adalah 'asli' dari Kedah, maknanya mereka memang anak Kedah.

Mereka dilatih dari usia setahun jagung dan diserap ke dalam skuad Kedah, jadi tidak hairanlah kenapa pemain Lang Merah semuanya muda-muda dan berasal dari negeri Jelapang Padi itu sendiri.

Senang cakap pasukan Kedah ini 'original' dan anak-anak Kedah sendiri yang bertungkus-lumus untuk menaikkan martabat bolasepak negeri mereka.

Berbeza dengan JDT di mana kebanyakkan pemain mereka adalah 'pemain yang dibeli' dan bukannya berasal dari Bangsa Johor.

Mungkin hanya pengalaman pemain yang membezakan antara pemain Kedah dan JDT, rintitan daripada JDT juga bakal kali menyertai perlawanan-perlawanan besar berbanding Kedah.

Namun begitu, keaslian dan pemain berasal dari negeri itu sendiri lebih besar maknanya demi membawa nama dan maruah negeri tersebut.

Disebabkan itu, anda sokong pasukan mana?? Penulis sokong Kedah kerana ia lebih melambangkan maruah bolasepak Malaysia, bermain dengan sepenuh hati dan bukannya banyak bermain 'drama', #sokongtaksokong?  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com