"Siapa Tidak Akur Mahathir Akan Jadi Musuhnya"


PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya akan mengiktiraf seseorang itu sebagai ‘malaikat’ jika mereka akur serta tunduk kepadanya, kata bekas Menteri Besar Selangor,  Tan Sri Muhammad Muhd. Taib.

"Masa saya bersama-sama dengannya, Dr. Mahathir puji saya. Malah sewaktu berada di Batang Kali (Selangor), dia meminta saya supaya memakai baju merah seperti warna PPBM (masuk PPBM). 

“Maknanya, Tun Mahathir ini kalau sebelah dia semuanya 'malaikat', kalau menentang dia jadi musuhlah, " kata Muhammad Taib yang lebih dikenali Mat Taib  pada sidang media di rumah beliau semalam.

Kata beliau, walaupun masih menghormati Dr. Mahathir kerana melantiknya sebagai Menteri Besar Selangor dahulu, beliau memilih untuk tidak mengikut jejak Dr. Mahathir menentang UMNO.

Bekas Naib Presiden UMNO yang kembali semula kepada UMNO baru-baru ini setelah menyertai PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkatalagi  beliau tidak sedikit pun terkesan apabila Dr. Mahathir memperlekehkan kemasukkannya  semula ke dalam UMNO.

" Saya sudah jangka perkara sedemikian, Dr. Mahathir akan bercakap mengenainya dan memperlekehkan saya, " katanya lagi.

"Saya tak mahu ikut dia sebab saya orang Melayu, saya pilih perjuangan Melayu," ujar bekas anggota MT UMNO yang pernah menjawat menteri kabinet sebelum ini.

Tegas Muhammad lagi , walaupun beliau juga boleh bertindak memperlekehkan Dr. Mahathir tetapi tidak akan berbuat demikian  kerana masih ada  rasa hormat kepada bekas Perdana Menteri itu.

Semasa mengumumkan keluar dari PKR baru-baru ini Muhammad mennyifakan sokongannya  terhadap PKR sebelum ini hanya sia-sia kerana parti itu tidak mempunyai agenda untuk memperjuangkan hak Melayu.

Beliau kembali ke pangkuan parti asal dan berikrar memperkukuhan perpaduan Melayu bagi membantu Barisan Nasioal merampas semula Selangor pada PRU akan datang selepas negeri itu ditawan  pembangkang selama hampir dua penggal.

Muhammad khuatir pepercahan Melayu akan mengundang parti lain untuk berkuasa dan menentang perjuangan bangsa dan sekaligus melemahan agama Islam. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com