Serangan Mahathir Terhadap Najib Tidak Beri Manfaat Pada Rakyat - Shahrir


SEMAKIN terserlah bahawa serangan peribadi Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri menggunakan Malaysia Airline Berhad (MAB) dan isu-isu lain semata-mata adalah masalah kebencian dan ego peribadi pemimpin Pakatan Harapan itu.

Dakwaan-dakwaan Dr. Mahathir terhadap kerajaan dan Datuk Seri Najib Razak tidak lagi  berdasarkan fakta.

Seperti juga dalam ceramah-cermah politik beliau di seluruh negara, Dr.Mahathir cuba mengeliru rakyat dengan fakta tidak benar, tafsiran dan  persepsi buruk terhadap Najib.

Dr. Mahathir percaya, walaupun maklumat yang disampaikan itu tidak benar, rakyat akan mempercayainya.

Ahli Parlimen Johor Bahru berkata beliau menjadi ahli wakil rakyat Parlimen sejak beberapa lama dahulu dan pernah bekerja di bawah Dr. Mahathir.

"Saya juga pernah  menentang Tun Mahathir sebelum ini, saya cukup kenal beliau...,” kata  Shahrir yang pernah menjadi menteri kabinet.

“Apabila MAB memutuskan untuk menggunakan khidmat warganegara asing sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri. 

Sekarang, apabila warganegara asing itu meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Tun Mahathir juga menyerang Perdana Menteri," kata Shahrir dalam satu kenyataan media.
.
Tambah Shahrir lagi, seperti dalam penjelasan bekas ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew masalah dalaman MAB telah bermula sejak tahun 1994 iaitu ketika di bawah pentadbiran Dr Mahathir apabila beliau telah menswastakan MAS dalam usahanya untuk menutup sebahagian daripada skandal kerugian tukaran wang asing  Bank Negara berjumlah RM32.5 bilion.

Malah Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang juga berulang kali menyalahkan Dr Mahathir ketika berlaku masalah MAS waktu itu.

“Semua perkara yang dibangkitkan Bellew telah dinyatakan dalam pengakuan Tun Mahathir sendiri dalam bukunya bahawa beliau terkilan dan marah bahawa tidak dilantik sebagai penasihat syarikat penerbangan negara selepas bersara daripada Perdana Menteri.

“Ini jelas membuktikan serangan yang dibuat terhadap MAB adalah semata-mata atas dasar peribadi Dr. Mahathir sendiri.

Menurut Shahrir, seperti juga masalah perjanjian pelan jana kuasa bebas yang 'berat sebelah', kerajaan telah menyelesaikannya dan kenaikan tol lebuh raya yang dimiliki oleh PLUS dan telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan daripada syarikat swasta pada 2010.

"Jadi masalah MAB juga perlu dipulihkan segera demi menjaga nama baik dan kebanggaan negara,” kata Shahrir lagi.

Kata Shahrir, serangan Dr. Mahathir terhadap MAB langsung tidak memberi manfaat kepada negara sebaliknya hanyalah usaha bekas Perdana Menteri itu untuk menanam kebencian rakyat terhadap Najib.

 “Tun Mahathir akan terus memutarbelitkan, membohongi, mengelirukan, membuat perubahan dan bertentangan dengan dirinya untuk mencapai agenda peribadinya. Ia bukanlah demi kepentingan sesiapa tetapi semuanya hanyalah tentang dirinya sendiri,"kata Shahrir yang kini Pengerusi Felda. 

Bellew dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini terpaksa kembai ke Kuala Lumpur  untuk menepis dakwaan Dr. Mahathir. Bellew menjelaskan beliau mengmbil keputusan berhenti dengan MAB bukan  kerana campur tangan Perdana Menteri dalam urusan syarikat penerbangan itu seperti yang didakwa Dr. Mahathir.

Pada sidang akhbar khas Ahad lepas, Bellew memberitahu kepada rakyat Malaysia dakwaan Dr Mahathir termasuk dalam isu pembelian pesawat baharu Boeing semasa pertemuan Najib dan Presiden Donald Trump di Washington baru-baru ini '100 peratus tidak betul'.

Dr. Mahathir yang juga  Pengerusi Pakatan Harapan menerusi laman bolgnya pada 20 Oktober lalu mendakwa Perdana Menteri membuat pengumuman untuk membeli pesawat baharu  tanpa merujuk kepada MAB  'kerana nak ambil gambar dengan Presiden Trump'.

" Saya yakin Najib tidak pun tanya MAS (MAB). Najib tidak peduli perancangan CEO atau pemilihan MAS. Biarlah MAS lingkup asalkan Najib dapat ambil gambar dengan Trump," tulis Dr. Mahathir. 

Pada pertemuan dengan Trump di White House, Najib membuat tawaran bagi MAS untuk membeli pesawat Boeing berharga AS$10 bilion (RM42 bilion).

"Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat," kata Najib. 

Semasa menjawab kritikan berhubung pembelian pesawat itu, Najib menjelaskan MAS sudah membuat keputusan untuk melakukan pembelian sejak Julai 2016.

Malah sebelum ini pun Peter Bellew sudah menafikan dakwaan sebab beliau hendak berhenti CEO syarikat penerbangan negara itu kerana campur tangan politik dalam mengurus syarikat penerbangan itu.

Apa yang jelas sekarang, Dr Mahathir masih tetap mahu menyerang semua pihak dan beliau tidak puas hati apabila tuduhan liarnya gagal. -Kedahnews.com



No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com