Seorang Guru Didakwa Lakukan Gangguan Seksual Ke Atas Dua Murid Lelaki


KUCHING - Seorang guru dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan gangguan seksual ke atas dua murid lelaki di Serian pada Mei dan Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, Lai Chee Chiang, 37, didakwa melakukan gangguan seksual ke atas dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 tahun.

Perbuatan itu dilakukan oleh tertuduh di sebuah sekolah rendah di Sungai Menyan, Serian di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang diiringi anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10 pagi.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com