Rasuah: Pemimpin Parti Sabah Dipanggil SPRM


KOTA KINABALU - Seorang pemimpin sebuah parti tempatan Sabah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar Sabah dianggarkan RM1.5 bilion.

Pemimpin berumur 40-an itu tiba di Pejabat SPRM Sabah di sini kira-kira 10.20 pagi dengan ditemani anggota keluarga dan rakan-rakannya dalam parti itu.

Sejurus tiba di pintu masuk pejabat SPRM dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda, beliau dilihat memasuki pejabat SPRM dan ditemui beberapa pegawai SPRM yang sedia menunggu di pejabat itu.

Jumaat lepas, SPRM mereman dua individu termasuk  naib presiden sebuah parti tempatan di Sabah  bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana itu.

Pada hari yang sama dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu ,Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata,  dianggarkan RM1.5 bilion peruntukan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek di Sabah sejak 2009 hingga 2015 disyaki diseleweng sebuah kementerian.-Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com