Pesawah Yan Runsing Tiada Benih Padi Pada Harga Subsidi


ALOR SETAR - Para pesawah di sekitar kawasan Yan runsing dan pening kepala memikirkan ketiadaan benih padi pada harga subsidi pada musin menuai kali ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Dulang Kechil, Harun Ahmad berkata, hampir 470 pesawah di daerah tersebut mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan benih padi pada harga subsidi.

"Sepatutnya pesawah sudahpun memulakan proses menabur benih sejak 20 September lalu namun sehingga kini pesawah tidak mendapat bekalan benih padi dengan harga subsidi," katanya.

Selain itu, penangguhan dan kelewatan untuk pewasah menjalankan kerja-kerja menabur benih akan mengakibatkan gangguan terhadap  jadual tanaman dan juga akan membebankan pesawah.

"Kami terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membajak semula tanah sekiranya rumput mulai tumbuh di dalam kotak sawah," katanya.

Difahamkan bahawa Harun juga merupakan salah seorang pesawah di daerah tersebut. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com