Persidangan Kejururawatan Di Utara Bantu Tingkatkan Mutu Kerja


ALOR SETAR - Seramai 50 peserta dipilih untuk menyertai Persidangan Kejururawatan dan Latihan 2017 yang diadakan di Hospital Pakar Amanjaya Sungai Petani, baru-baru ini.

Kesemua peserta terdiri daripada jururawat dan kakitangan  dari klinik swasta di wilayah utara iaitu negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Program tersebut dianjurkan oleh  Fakulti Profesi Kesihatan Bersekutu dengan kerjasama Hospital Pakar Amanjaya serta Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST Universiti) dari Merbok.

Menurut Pengerusi persidangan itu, Dr Tan Poh Teng, perkara pertama yang menjadi penyumbang besar dalam bidang perubatan adalah  profesion kejururawatan kerana ia melibatkan merawat dan memantau keadaan pesakit di klinik mahupun hospital.


“Melalui persidangan yang juga melibatkan penyertaan petugas di Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta (FPMPAM), ia akan memberi pengetahuan kepada peserta bagi meningkatkan mutu kerja masing-masing.

“Persidangan kejururawatan juga menjadi platform mendedahkan perkembangan bidang perubatan dari sudut teknologi dan kemajuan ubat-ubat dalam merawat penyakit,” katanya.

Sementara, Pengarah Urusan Hospital Pakar Amanjaya, Dr Tan Chiang Hooi berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat menganjurkan satu persidangan yang menyediakan peluang untuk peserta meningkatkan mutu perkhidmatan dan profesionalisme kerjaya jururawat.

“Dalam pada itu, masing-masing dapat berkongsi pandangan dan pengalaman untuk manfaat bersama,” katanya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com