Perlawanan Terakhir Penentu Nasib Pemain Helang Merah - Aminuddin Omar


ALOR SETAR - Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Aminuddin Omar memaklumkankan bahawa tawaran kontrak bagi beberapa pemain skuad Kedah akan dibuat selepas perlawanan terakhir dalam aksi Piala Malaysia nanti.

Menurutnya, pihak pengurusan KFA sudah mencapai fasa akhir bagi menyambung kontrak pemain-pemain yang akan tamat pada 30 November ini.

"InsyaAllah akan dimuktamadkan dalam masa terdekat apabila kedua-dua pihak (persatuan dan pemain) mencapai persetujuan untuk terus kekal bersama Kedah.

"Hampir keseluruhan pemain telah ditawarkan untuk terus kekal bersama skuad Kedah," ujarnya yang dipetik dari mStar Online.

Aminuddin turut mengakui bahawa terdapat segelintir pemain yang masih belum diberi tawaran kontrak baharu kerana masih diperingkat pemerhatian.

"Ada juga di kalangan mereka yang masih diberi perhatian berdasarkan prestasi semasa lebih-lebih lagi liga kita yang masih berlangsung.

"Pasukan kita juga bersaing dalam Piala Malaysia," tambah beliau.

Pada 15 Oktober ini, Skuad Helang Merah yang akan bertandang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka bertemu Felda United, manakala aksi timbal balik ialah pada 21 Oktober ini di Stadium Darul Aman.

Sementara itu, dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia pula di antara Perak dan Johor Darul Ta'zim( JDT).

Seterusnya, aksi Liga Super terakhir anak buah Nidzam Adzha Yusoff pula pada 28 Oktober ini bertemu dengan JDT. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com