Penyelidik Jepun Hasilkan Telur Ayam Antikanser


TOKYO  - Penyelidik Jepun berjaya melakukan kejuruteraan genetik terhadap telur ayam yang mengandungi dadah yang boleh melawan penyakit serius termasuk kanser.

Jika para saintis berjaya menghasilkan `interferon beta’ dengan selamat, iaitu sejenis protein untuk mengubati penyakit seperti hepatitis maka harga ubat-ubatan terbabit yang kini bernilai AS$888 (RM3,760) bagi beberapa mikrogram akan menurun secara mendadak.

Menurut laporan akhbar Yomiuri Shimbum, para penyelidik di Institut Sains Industri Termaju dan Teknologi (AIST) di Kansai, proses itu dilakukan dengan menggunakan gen yang menghasilkan `interferon beta’ bagi menggantikan sperma ayam. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com