Penunggang Motosikal Cedera Rempuh Land Rover Polis


GUA MUSANG - Seorang pekerja am Radicare cedera selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) polis di Kilometer 2.5, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Wan Mohd. Zaim Wan Mohd. Asri, 23, yang tinggal di Kampung Bertam di sini mengalami kecederaan tangan kanan.

Bagaimanapun, pemandu Land Rover, Konstabel Mohd. Fardee Marsume, 26, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Gua Musang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Deputi Superintendan Abdullah Daud berkata, anggota itu dalam perjalanan membawa peralatan pasukan tindakan ringan (LSF) dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z datang dari arah bertentangan cuba memotong kenderaan lain lalu bertembung dengan kenderaan polis itu.

"Anggota terlibat tidak sempat mengelak dan mangsa telah merempuh kenderaan polis lalu terjatuh. Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan lanjut," katanya.

Abdullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com