Peletakan Jawatan Zairil Tergesa-Gesa - FAP


PULAU PINANG - Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) menyifatkan peletakan jawatan Zairil Khir Johari daripada terus menerajui persatuan berkenaan sebagai tergesa-gesa.

Naib Presidennya, Datuk Gary Nair berkata, seluruh barisan kepimpinan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan sambil menggesa beliau kembali ke pangkuan FAP.

Ujar beliau, keputusan berkenaan menyebabkan pengurusan FAP kini berada dalam keadaan terpinga-pinga memandangkan mereka tidak mempunyai dana untuk mentadbir termasuk pembayaran gaji kaki tangan dan bil bagi bulan ini.

"Kami akan bertemu beliau dalam tempoh terdekat sambil mencadangkan beliau kekal sehingga Kongres Luar Biasa (EGM) FAP akan datang," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Dua hari lepas, Zairil mengumumkan peletakan jawatan serta-merta selaku Presiden FAP sebagai mengambil tanggungjawab terhadap prestasi buruk skuad Harimau Kumbang musim ini.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com