Pegawai Kanan TUDM Nafi Peroleh Suapan


SHAH ALAM - Seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan memperoleh suapan RM1,500.

Mejar Noor Mohd Syahidami Mohammad Saaid bagaimana pun mengaku tidak bersalah.

Noor Mohd Syahidami, 39, didakwa sebagai agen kerajaan dan Setiausaha di Lembaga Sukan TUDM secara rasuah telah memperoleh suapan tersebut untuk dirinya daripada kontraktor Roslizawati Mustaffa sebagai upah kursus sukan yang dijalankannya dengan alasan wang itu untuk lembaga itu.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah universiti, Sri Rampai, Setapak, Kuala Lumpur jam 6.49 petang pada 14 September 2016.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Mohamed Heikal Ismail mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Peguam  Harjinder Singh memohon mahkamah membenarkan jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya telah memberi kerjasama sejak disiasat suruhanjaya itu September tahun lalu.

"Dia juga telah berkhidmat selama 20 tahun dan mempunyai tiga anak," katanya.

Hakim, Rozilah Salleh membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 November depan untuk sebutan semula.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu melaporkan diri di pejabat SPRM Shah Alam setiap bulan selain passport perlu diserahkan.

Sumber: Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com