Pandu Kereta Secara Berbahaya, 6 Remaja Hingusan Kalut Terserempak Polis


SERI ALAM - Polis Seri Alam menahan enam remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun susulan tindakan mereka memandu kereta dalam keadaan berbahaya bagi mengelak ditahan polis dalam kejadian di Pasir Gudang, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, semua remaja lelaki yang menaiki kereta ditahan selepas kenderaan berkenaan terbabas dan melanggar pokok di Jalan Pekeliling, Tanjung Langsat.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Jokhiri Abd Aziz berkata, kejadian berlaku apabila dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) cuba menahan kereta suspek yang dilihat mencurigakan.

Beliau berkata, pemandu kereta itu memecut kereta secara melulu.

“Sebaik tiba di Jalan Gangsa 1, kereta itu melanggar motosikal dinaiki dua individu menyebabkan seorang mangsa cedera ringan.

“Kereta suspek masih tidak berhenti dan terus dikejar polis,” katanya.

Beliau berkata, kereta itu terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan sebelum enam remaja diberkas.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berpunca akibat pemandu kereta yang tidak mempunyai lesen memandu.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com