Pakatan Harapan Akui China Rakan Dagang Utama Malaysia

PELABURAN China juga menjadi pilihan Pakatan Harapan jika parti itu berjaya menerajui kerajaan selepas pilihan raya akan datang di sebalik dakwaan pembangkang Malaysia 'menggadai maruah' kepada China oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan Belanjawan Alternatif 2018 pembangkang, mereka akan menghormati perjanjian yang telah ditandatangani bagi pihak Malaysia, biarpun risau terhadap perkembangan China ke atas elemen keselamatan kebangsaan yang sensitif seperti bekalan tenaga dan pelabuhan.


Pakatan pembangkang itu juga mengakui bahawa China adalah rakan dagang nombor satu Malaysia dan pengguna komoditi terbesar negara.

Malah, mereka mengakui kedua-dua negara mempunyai hubungan komersial yang lama dan ia memanfaatkan kedua-dua pihak.

"Sebagai sebuah kerajaan bertanggungjawab, tindakan pertama kami adalah untuk menerbitkan secara umum semua dokumen dan kontrak berkaitan.

"Jika perlu, kita akan mendapatkan kerjasama China untuk merundingkan semula syarat yang tidak adil... jika ada," katanya.

Pembangkang sebelum ini mengkritik tindakan kerajaan yang memeterai perjanjian pelaburan dengan negara republik itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjaja dalam ceramah  politiknya bahawa perjanjian dimeterai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan China, membabitkan nilai pelaburan RM144 bilion mungkin menggugat kedaulatan Malaysia.

Pelaburan itu jugadidakwa akan mempengaruhi pendirian tuntutan Malaysia mengenai pertikaian Laut China Selatan, yang turut dikemukakan China.

Di sebalik tuduhan bahawa Malaysia 'menjual negara' kepada China, kerajaan DAP di Pulau Pinang dalam diam juga berminat untuk bekerjasama dengan negara itu terutama di sektor pelaburan dan pinjaman. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com