Pakatan Bantah Penjawat Awam Naik Gaji, Tapi PM Janjikan Berita Gembira Esok


GOLONGAN penjawat awam yang berjumlah lebih 1.5 juta  orang,  yang sebahagiannya dicadang oleh parti pembangkang terutama DAP agar diberhentikan kerja jika Pakatan Harapran memerintah, adalah antara yang bakal menikmati kenaikan upah dan kemudahan lain pada Bajet 2018.

Malah sebelum ini Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut mengulas Bajet 2018 dalam ceramah politiknya 'tidak bersetuju' kerajaan menaikkan upah kakitangan awam kerana bimbang kenaikkan upah itu akan menyebabkan kenaikkan harga barang.

Kesatuan-kesatuan sekerja bagaimanapun menempelak bekas Perdana Menteri itu dan DAP yang mencadangkan bilangan kakitangan awam dikurangkan untuk mengurangkan kos pengurusan kerajaan.

Bagaimanapun tanpa memperduli cadangan parti pembangkang itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata golongan berkenaan adalah aset negara dan sumbangan mereka perlu dihargai.

Najib berkata dalam pembentangan Bajet 2018 esok, golongan penjawat awam akan menerima berita gembira. Beliau akan mengumumkan peruntukan-peruntukan terbaik kepada golo­ngan berkenaan.

“Seperti yang dijanjikan, saya akan umum berita gembira untuk penjawat awam, 27 Oktober ini pada 3.30 petang #Bajet2018,” katanya menerusi Facebook beliau semalam.

Berita baik yang bakal diumumkan Perdana Menteri disambut kakitangan awam yang memberi respons menerusi laman sosial di samping membuat cadangan agar dipertimbangkan bayaran bonus satu bulan setengah (gaji).

Mereka berpendapat ia merupakan salah satu cara untuk mengurangkan beban dan tanggungangan golongan penjawat awam yang bergaji rendah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com