"Pak Guard" Di Penjara 4 Bulan, Denda RM2,000 Curi 2 "Handphone" Di Alor Setar


PENGAWAL keselamatan dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, semalam, kerana mencuri dua telefon bimbit di pejabat sebuah syarikat konsesi pembersihan awal bulan lalu.

Majistret Aizuddin Zolkeply menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Mohd Zaid Abdul Khadir, 21, dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Beliau juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap serta penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan Mohd Zaid didakwa mencuri dua telefon bimbit jenama Sony dan Asus dalam jagaan pembantu operasi Azlinda Ariffin, 41, (pengadu) di pejabat Environment Idaman Sdn Bhd, di Bandar Stargate, di sini, pada 5 September lalu, jam 12 tengah malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada tarikh dan masa kejadian, pengadu yang mendapati dua telefon bimbit hilang, membuat pemeriksaan rakaman CCTV di pejabat syarikat itu sebelum mengesan tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan syarikat itu, mengambilnya.

Sumber: MyMetro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com