'Pak Guard' Acu Pump Gun, Penyamun Bersenjata Parang Lari Lintang Pukang


KAJANG - Penyamun bersenjatakan parang dan besi terus 'cabut' lari selepas diacu pump gun oleh seorang pengawal keselamatan.

Kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu berlaku ketika empat penjenayah terbabit cuba menyamun sebuah premis pengurup wang di Taman Taming Jaya, Balakong, dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, siasatan awal pihaknya mendapati semasa kejadian terdapat tiga pekerja dan seorang pengawal kesalamatan.

Menurutnya, berdasarkan keterangan yang diambil daripada pengawal keselamatan, empat suspek datang dengan bersenjatakan sebilang parang dan sebatang besi

"Salah seorang suspek kemudian cuba memanjat kaunter sebelum pengawal terbabit mengacukan senjata pump gun ke arah suspek.

"Kesemua suspek kemudian melarikan diri usaha memburu mereka masih giat dijalankan," katanya.

Beliau berkata, susulan itu, hasil maklumat dan risikan polis berjaya menahan seorang suspek berusia 27 tahun kira-kira jam10.45 malam, hari kejadian, selain telah merampas sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang ditinggalkan semasa kejadian.

Katanya, suspek ini telah direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, polis mencari seorang lelaki dikenali dikenali M Thivagaran, 24, bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mengenalinya boleh tampil  di mana-mana balai berdekatan untuk salurkan maklumat.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com