OKT Ditangkap Semula Kurang 24 Jam Selepas Meloloskan Diri


SIMUNJAN - Gerakan memburu Orang Kena Tuduh (OKT) yang meloloskan diri dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching semalam berakhir selepas dia ditangkap di sebuah rumah di Kampung Kelka di sinI semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar berkata, suspek, Zulkipli Morni, 34, ditangkap sepasukan anggota polis pada pukul 1 petang.

"Suspek berjaya dikesan tidak sampai 24 jam dia melarikan diri semalam," katanya ketika dihubungi.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang OKT yang dipercayai terlibat dalam kegiatan samun melarikan diri menaiki sebuah kereta Proton Iswara putih kira-kira pukul 1.30 petang kelmarin.

Ketika kejadian, dia bersama dua lagi OKT dan polis pengiring sedang menunggu kenderaan untuk membawa mereka ke penjara.

Sumber – Kosmo

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com