Norsabrina Tegaskan Kerajaan Negeri Tak Terlibat Anjur "Jobsifu"


ALOR SETAR - Karnival Kerjaya Zon Utara Jobsifu.com di TH Hotel pada 30 September lalu tiada sebarang kaitan dengan kerajaan negeri di segi penganjuran dan penajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Sumber Tenaga Manusia,  Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata, program berkenaan adalah anjuran pihak swasta tanpa sebarang campur tangan kerajaan negeri.

Walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah  menerima undangan ke majlis itu, namun beliau tidak hadir atas alasan tertentu, kata Norsabrina dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Menurut Sabrina, beliau difahamkan berlaku sedikit kekecohan pada program itu yang membabitkan yuran peserta namun beliau masih belum menerima maklumat lanjut mengenai aduan orang ramai itu.

"Bagi pihak kerjaaan negeri saya kesal dengan apa yang berlaku dan berharap pihak penganjur lebih sensitif agar tidak mendatangkan masalah dan menimbulkan kemarahan termasuk individu belia yang menjadi sasaran pihak penganjur, " kata Sabrina.

Sementara itu pihak yang mengajurkan festival kerja itu telah menutup akaun facebooknya selepas dua hari porgram berkenaan dan mendapat kecaman peserta terutama pencari kerja yang terdiri lepasan sekolah dan pusat pengajian tinggi.

Ramai di antaranya mendakwa tertipu dengan 'modus operandi' pihak penganjur yang menggunakan syarikat besar pada iklannya.

Difahamkan pihak penganjur telah mengenakan bayaran RM10 bagi setiap borang kerja untuk syarikat-syarikat ternama yang diiklankan untuk panggilan 'temuduga' kerja. -  Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com