Nik Abduh Ibaratkan Penyokong PAN 'Pemberontak Kampung'


AHLI Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz kini melihat para penyokong  Parti Amanah Negara (PAN) sebagai para pemberontak di desa dan kampung.

" Mereka mendakwa diri sebagai reformis atau sang mujaddid di dalam masyarakat, tetapi hakikat yang dilihat adalah jauh sekali, " kata Nik Abduh, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS.
  
Menurut beliau penyokong PAN kini sedang memberontak terhadap usaha reformasi dan Islam yang bergerak harmoni di kampung  yang  digerakkan oleh PAS sejak sekian lama.

" Namun kerana sifat gopoh dan bersikap profesor google, mereka merasakan ia proses yang amat lambat. Bagi mereka, hari kiamat bila-bila masa akan berlaku di Malaysia, tetapi tidak di Amerika dan barat," kata Nik Abduh bagai menyindir PAN menerusi laman facebooknya semalam. 

Nik Abduh yang juga anak bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, 'ajaran mabuk' DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka.

Mereka kekejangan melihat PAS yang cool berhadapan The Apocalypse ciptaan DAP itu, ' kata Nik Abduh.

Kumpulan ini, kata beliau, sedang  memberontak terhadap PAS dan seni dakwahnya. Di Kelantan, sebahagian besar mereka sudah pun lama tersisih daripada menjadi jentera PAS.

"Mereka ini lancang sekali mulut mengkritik dan mendakwa berbagai.. Bagi mereka, seorang sahaja yang betul iaitu Tok Guru Nik Aziz. 

Sehari dua ini mereka jumpa seorang lagi iaitu Tun Mahathir. Entah dadah 'flakka' apa yang DAP bagi makan sampai 'otak jatuh ke lutut'.. Tok Guru Nik Aziz dan Tun Mahathir telah menjadi satu.. Uhh... mengerikan, " ujar Nik Abduh lagi. - Kedahnews.com

.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com