Memandu Tanpa Lesen Selama 23 Tahun, Polis 'Speechless'


CANBERRA - AUSTRALIA. Rakaman seorang anggota polis 'speechless' selepas menahan seorang wanita yang memandu tanpa lesen selama 23 tahun tular di laman sosial.

Menurut laporan South China Morning Post, wanita berkenaan memandu kereta mendiang suaminya yang baharu meninggal dunia baru-baru ini.

Polis kemudian diberitahu beliau tidak mempunyai lesen dan anggota tersebut mencadangkan wanita berkenaan membawa lesen ketika berjumpa hakim nanti.

Wanita tersebut kemudian mengatakan beliau sudah memandu selama 23 tahun tanpa lesen, menyebabkan anggota polis tersebut kehilang kata-kata.

Yang menariknya, wanita tersebut ditahan kerana kereta tersebut didaftarkan dibawah nama si suami yang juga tidak mempunyai lesen!

Wanita dan polis tersebut kemudian hanya mampu tertawa.

"Anda seorang konstabel yang baik," kata wanita berkenaan sebaik tawanya reda.

"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana," balas anggota polis tersebut.

Rakaman yang tular di laman Facebook sudah ditonton lebih 150,000 pelayar.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com