Melayang RM544 Angkara Lopak Di Kuala Ketil


ALOR SETAR - Mujur hanya duit yang melayang dan bukannya nyawa.

Seorang guru, Ahmad Bukhari Ayub, 27, terpaksa menghabiskan sebanyak RM544 bagi memperbaiki kerosakan kereta Perodua Vivanya akibat terlanggar lopak besar di jalan berhampiran kawasan industri, Kuala Ketil.

"Rim dan tayar depan bahagian kiri kemek dan pecah manakala tayar bahagian kanan hampir terkoyak. Kos terpaksa dikeluarkan untuk ganti semua kerosakan berjumlah RM 544," katanya. 

Kejadian berlaku berpunca daripada ketiadaan lampu jalan serta tiada sebarang papan amaran menyebabkan dia tidak menyedari kewujudan lopak berkenaan."Waktu itu saya dan isteri nak pi makan malam di Merbau Pulas. Sampai kawasan tu kereta dah masuk dalam lopak.

"Dah la berlopak, lampu jalan pun tiada. Memang membahayakan pengguna terutamanya penunggang motosikal yang kerap lalu di sini" katanya.

Ekoran itu, dia memohon agak pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk menampung dan membaiki semula jalan yang rosak dan berlopak tersebut kerana khuatir nyawa pula yang akan melayang.

Sementara itu, Ahmad Bukhari berkata, tuntutan ganti rugi akan dibuat kepada pihak berwajib. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com