Maut Terjatuh Ketika Bergambar


AVIGNON - Seorang pendaki Jerman yang mengembara bersama keluarganya maut kelmarin di Perancis apabila terjatuh ketika mengambil gambar.

Lelaki berusia 48 tahun itu hilang keseimbangan di wilayah Gard dan terjatuh dari tebing pada ketinggian 30 meter kira-kira jam 10.00 pagi waktu tempatan manakala keluarganya cuma dapat melihat tanpa boleh membantu.

"Dia mengambil gambar atau gambarnya diambil di kawasan yang dikenali dengan kecantikannya," kata jurucakap perkhidmatan penyelamat.

Mereka berada berhampiran Montclus, dikenali sebagai antara kampung paling indah di Perancis. - AFP

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com