Mat Sabu, Mahfuz Kini Jadi Kebanggaan DAP....


KETIKA  Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyatakan mahu  'sujud syukur' sekiranya tidak dicalonkan lagi oleh PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14,  Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu pula menzahirkan dirinya 'masih cintakan PAS'

"Saya sujud syukur kalau tak dicalonkan dan jika ditawarkan sekalipun, saya akan menolaknya, namun saya masih kekal dalam PAS sehingga kin", kata Mahfuz yang mengakui beliau masih ahli parti itu.

"Saya ingin menghantar mesej kepada semua ahli PAS bahawa tidak menjadi masalah jika menyokong Pakatan Harapan (PH) walaupun berada dalam PAS kerana kita mahu perubahan kerajaan," kata Mahfuz yng juga bekas Pesuruhjaya PAS Kedah dan bekas Naib Presiden PAS Malaysia.

Dalam masa yang sama Mat Sabu, bekas Timbalan Presiden PAS mengakui masih merindui PAS sehinggakan kadang-kala menitiskan air mata apabila terpandang markas parti yang pernah menjadi perjuangannya.

Beliau mendakwa perasaan rindu bukan sahaja dialami dirinya, sebaliknya masih ramai lagi ahli dan pemimpin dalam PAN yang turut berkongsi nostalgia dan emosi sama terhadap PAS.

Walaupun mesej yang hendak disampaikan kepada pemimpin PAS hampir sama oleh bekas dua tokoh PAS berkenaan, tetapi kedudukan Mat Sabu dan Mahfuz dalam parti agak berbeza.

Mahfuz masih belum isytihar untuk meninggalkan PAS sehingga kini sementara Mat Sabu terus menubuhkan PAN selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada muktamar 2015 .

Kedua-kedua mereka yang menjadi watak penting di atas pentas PAS dahulu berjaya menarik perhatian ramai dengan ucapan pedas dan lawak hingga Mat Sabu dilabel sebagai 'ayam sabung' PAS.
Namun semuanya telah berlalu, PAS kini disindir dan dikecam oleh kedua-dua mereka.

Mahfuz kecewa kerana tidak berjaya memujuk PAS menyertai Pakatan Harapan manakala Mat Sabu pula menganggap pendekatan parti lamanya itu tidak lagi releven dengan keadaan masa kini.

PAS akan terus disindir oleh bekas pemimpin parti itu malah sindiran mereka lebih tajam daripada   daripada parti-parti dalam PH terutama DAP.

DAP tentunya gembira dengan keberanian  Mat Sabu, Mahfuz dan Tun Dr. Mahathir  Mohamad yang akan menjadi bergabung tenaga dalam Pakatan Harapan bagi membantu memperkukuhkan kedudukan politik DAP untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14. - Kedahnews.com




No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com