Mat Sabu 'Lebih DAP Daripada DAP' - Dr. Kamarul Zaman


SEORANG tokoh akademik universiti menyifatkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau Mat Sabu 'lebih sudu daripad kuah' apabila membuat kenyataan tentang sokongan orang Cina terhadap Pakatan Harapan (PH) akan bertambah.

Keyakinan Mat Sabu terhadap pertambahan undi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memerlihatkan beliau mendahului DAP atau lebih konfiden daripada parti sosialis dan cauvinis Cina itu sendiri .
  
Dalam kata lain, Mat Sabu dilihat lebih DAP daripada DAP sendiri.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata Mat Sabu dalam ucapannya pada Konvensyen Kebangaan PAN di Alor Setar 22 Oktober lalu optimis 80% pengundi Cina akan menyokong PH pada  PRU14.

Bagaimanapun kata Dr Kamarul Zaman, pemimpin tinggi DAP seperti Liew Chin Tong sebelum ini menyatakan pengundi Cina terhadap PH sekarang menurun pada tahap 65% berbanding 85% di dalam PRU Ke-13. 

Dr. Kamarul Zaman memetik kenyataan Chin Tong yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan merangkap Pengerusi DAP Johor dalam wawancara dengan akhbar mingguan The Edge Malaysia keluaran 19-25 Jun bertajuk “Run-Up to GE 14” (“Menjelang PRU 14”).

Chin Tong menyebut: “You could say non-Malay support for the opposition has stagnated or softened. In 2008, non-Malay support for the opposition was probably about 65% to 70% across the board. In places like Penang, it was a bit higher. In 2013, the support of non-Malays for the opposition, especially in Chinese constituencies, went up to 85%, in places like Penang 90%. But we are not at that level now. We are probably at 65%.

Pensyarah kanan UUM itu bagaimanapun hairan bagaimana Mat Sabu boleh menyebut di dalam ucapan penggulungan beliau pada konvensyen PAN lalu bahawa 80 peratus orang Tionghua akan mengundi Pakatan Harapan.

"Tidakkah kenyataan Mat Sabu ini menunjukkan bahawa beliau kini melebihi DAP daripada DAP sendiri?" soal Dr. Kamarul dalam Facebook beliau hari ini.

Dr. Kamarul berkata tindakan Mat Sabu itu akan meletakkan parti-parti Melayu di dalam Pakatan Harapan seperti PAN sendiri dalam keadaan sukar untuk berhadapan dengan DAP di samping akan menaikkan lagi 'lemak' para pemimpin DAP.

Beliau juga  membidas oleh Mohamad Sabu yang menyatakan hasrat PAN untuk menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit.

Mat Sabu dalam ucapannya itu antara lain menyebut: “Label ini dia pergi sampai ke peringkat-peringkat yang kalau kita tidak sekat ianya merebak dan merbahaya.

Misalnya, “ini perubatan Islam”... Kemudian disebut pula “ini hospital Islam”, maka hospital lain itu seolah-olah hospital bukan Islam. Semua label-label seperti ini mesti kita ubah sedikit demi sedikit supaya orang melihat bahawa Islam itu bukan dalam bentuk form tetapi dalam bentuk nilai yang dipersembahkan” kata Mat Sabu.

Dr. Kamarul Zaman berpandangan hasrat PAN yang mahu menghapuskan label Islam sedikit demi sedikit ini akan lebih memualkan lagi pengundi Islam terhadap parti serpihan PAS itu. Memang betullah Mohamad Sabu ini lebih DAP dari DAP sendiri. - Kedahnews.com

1 comment:

  1. dulu semasa brjuang dlm pas mat sabu berapi2 dgn lntang mempertahankn islam dn menentang tindakn dap sekeras2nya.
    srkarang bila bercumbuan dgn dap mat sabu telah hilang pegangan hingga sanggup menjual islam demi menjaga hati dap lge dn lksiang.
    yg malangnya ada segelintir org mlyu islam yg menyokong dn sekata dgn mat sabu utk mnjatuhkan mlyu dn islam itu sndiri.
    rasa2nya perubahan mat sabu ini kerana ktk brsama pas dulu tk prnah merasa senang tp skrg sudah mndpt limahan wang yg bnyk dari dap sbb itulah beliau memilih dap lgi dr islam..

    ReplyDelete

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com