Mangsa Banjir Di Kedah Menurun Petang Ini


ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 3 petang ini menurun kepada 77 orang berbanding 130 orang tengah hari tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), sebuah pusat pemindahan di Kubang Pasu iaitu di Dewan Kampung Lahar, Jitra yang sebelum ini menempatkan 87 orang daripada 18 keluarga ditutup pada 2 petang.

Namun di daerah Kota Setar, tiga pusat pemindahan masih dibuka yang keseluruhan menempatkan 18 keluarga iaitu di Surau As Syakirin yang menempatkan 34 mangsa daripada sembilan keluarga, Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar yang menempatkan 26 mangsa daripada tujuh keluarga dan Maahad Darul Hasimie yang menempatkan 17 mangsa daripada dua keluarga. – BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com