Mahathir Mahu Pakatan Harapan Ikut Rentaknya


KEMPEN yang dijalankan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini hanya semata-mata mahu melihat anak dan kroninya menjadi 'juragan ulung' di negara ini.

Perlu diingat, pada zaman pemerintahan Mahathir selama 22 tahun, pelbagai skandal berlaku termasuk forex, (kerugian RM32 bilion oleh Bank Negara Malaysia (BNM), krisris Perwaja dan Bank Bumiputera selain siri memangsakan musuh politiknya sama ada di dalam UMNO mahupun pembangkang.

Kini tiba-tiba sahaja datang Mahathir dengan melaungkan perubahan harus dilakukan oleh rakyat dengan menurunkan Perdana Menteri tanpa sedikitpun bekas Perdana Menteri itu mahu memastikan individu yang tidak disukai jatuh mengikut seleranya.

"Sebagai propagandis politik yang senior, beliau mahu semua pihak khasnya kini Pakatan Harapan mengikut rentaknya," kata seorang penulis Wan Nordin Wan Yaacob yang dipetik daripada HararahDaily, semalam.

"Inilah selera besar Mahathir, walhal beliaulah yang memilih Najib menaiki 'tahta pemerintahan' sebelum ini. Cukup sudah rakyat mendengar arahan demi arahan Mahathir sejak sekian lama.

"Negara ini bukan milik Mahathir sahaja, negara ini milik rakyat yang sayangkan keharmonian dan kesejahteraan. Maka apa yang dibebelkan Mahathir tidak harus menjadi ratiban rakyat lagi, kerana semuanya hanya bersandar kepentingan diri beliau dan kroninya sahaja, sementelahan pula cita-cita dan nafsu politik bekas PM itu tidak lebih sekadar 'menanti rebah' di penghujung masa,".

Sejak menyertai pakatan pembangkang, Dr. Mahathir bukan sekadar menyerang Najib tetapi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awag turut menjadi sasaran beliau terutama dalam isu agama Islam. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com