Mahathir, "Diktator" Yang Dikawal Pakatan Harapan?


TUN Dr. Mahathir Mohamad diperlukan oleh Pakatan Harapan yang diketuai DAP untuk menjatuhkan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.

Namun Dr. Mahathir akan disekat oleh struktur pakatan (peraturan) itu yang telah dipersetujui Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkenaan.

Dr. Mahathir adalah dilantik Pengerusi Pakatan Harapan sementara Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah Ketua Umum gabungan itu sementara Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden PH.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga timbalan presiden PH bagaimanapun menganggap Dr. Mahathir seorang diktator yang diperlukan oleh PH walaupun keadaaan itu 'bukanlah sesuatu yang dimahukan'.

Beliau berkata, Dr. Mahathir yang kini berada di bawah Pakatan Harapan akan disekat oleh struktur pakatan itu yang telah dipersetujui oleh Dr. Mahathir sendiri.

Menurut Guan Eng tiada siapa akan menjadi dominan dalam gabungan parti-parti pembangkang tersebut kerana semua parti adalah sama taraf dan bekerja secara konsensus.

"Kadang-kadang kita perlukan diktator untuk jatuhkan diktator. Ia bukan apa yang kami mahukan tetapi di bawah keadaan sekarang dia (Dr. Mahathir) akan disekat oleh struktur.

“Dalam Pakatan Harapan, semua parti sama taraf, tiada yang dominan. Semua bermula pada kesamarataan yang setara. Kita bekerja ikut konsensus. Dr. Mahathir setuju,” katanya Menerusi wawancara Guan Eng bersama portal berita, The Malaysian Insight.

Wawancara itu diadakan sempena memperingati Op Lalang 30 tahun lalu apabila sebanyak 106 orang ditahan tanpa bicara manakala lesen penerbitan tiga buah akhbar ditarik balik.

Dalam operasi lalang pada 1987, Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri, ramai pemimpin politik ditahans di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menghalang rusuhan kaum berlaku di negara ini.

Beberapa pemimpin pembangkang termasuk DAP ditahan, antara Guan Eng dan Pengerusi DAP Karpal Sing.

Operasi khas  yang dijalankan u pada 27 Oktober 1987 itu adalah semasa pemerintahan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Guan Eng merupakan salah seorang mangsa tahanan di bawah

Guan Eng berkata, beliau masih mengingati pengalaman menjadi tahanan selama 18 bulan di Pusat Tahanan Kamunting itu sebagai satu kesengsaraan dan menyifatkan kesemua yang berlaku itu adalah akibat daripada wujudnya kuasa diktator dan ada kuasa yang menindas.

Katanya, walaupun semua itu berlaku ketika Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan kini sebagai Pengerusi Pakatan Harapan beliau percaya dengan kata-kata Dr. Mahathir bahawa sesuatu perlu dilakukan bersama walaupun ada perkara yang dilaksanakan nanti tidak mendapat persetujuan dan rela dipertanggungjawabkan.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan di laman Twitternya yang dipetik dari Utusan menyatakan bahawa Guan Eng baru sahaja menggelarkan Dr. Mahathir sebagai diktator. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com