Mahathir Ajak Rakyat Bersyukur Negara Aman, Ambil Iktibar Derita Rohingya...

BAHARU minggu lepas, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengajak rakyat Malaysia bersyukur kerana tinggal di negara ini di mana rakyat boleh hidup aman damai bersama dalam masyarakat pelbagai kaum.

 

Kata Dr. Mahathir lagi, kaum atau etnik di Malaysia tidak ditindas dan dibunuh dengan kejam oleh pemerintah dan menjadi pelarian seperti penderitaan yang dialami oleh masyarakat minoriti Islam Rohingya, Myanmar yang terpaksa lari menyelamatkan diri ke Bangladesh.

 

Dr. Mahathir yang kini pengerusi gabungan parti pembangkang - Pakatan Harapan mengingatkan hal itu ketika berceramah di Alor Setar dan diulanginya perkara yang sama  pada ceramah di Arau, Perlis sehari kemudiannya.

 

Bagaimanapun agak mengejutkan juga apabila empat hari selepas itu Dr Mahathir menamakan Malaysia negara ‘Darul Penyangak’ berikutan pelaksanaan projek 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

 

Sama ada Dr. Mahathir lupa apa yang dicakapkan semasa di Kedah dan Perlis sebelum itu atau tidak, rakyat mula menilai perkara yang dicakapkan oleh bekas Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun  itu.

 

Bagi Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak tindakan Dr Mahathir menggelar Malaysia sebagai ‘Darul Penyangak’ adalah satu penghinaan terhadap negaranya sendiri.

 

Oleh amat tidak wajar bagi negawaran yang turut menikmati pelbagai kesenangan itu menggelarkan negaranya dengan nama sebegitu kerana gelaran tersebut tidak patriotik dan di luar daripada batas kewarasan berpolitik.

 

“Jikapun marah dengan kerajaan hari ini, Mahathir tidak sepatutnya menghina negara sendiri. Negara ini adalah negara kita bersama," kata Salleh.

 

“Baik atau buruknya, maju atau mundurnya negara ini, kita perlu bersama mempertahankannya, bukan menghinanya,” tegas Salleh menerusi catatan terbaharu di blog beliau hari ini.

 

Dr. Mahathir dalam catatan terbaharu di blog beliau menyifatkan Malaysia 'negara penyangak' bagi menunjukkan kemarahannya yang seakan 'tidak terkawal' lagi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang enggan mengikut telunjuk beliau.

 

Esok ( Jumaat) Najib akan membentangkan Bajet 2018.

 

Dalam catatat Perdana Menteri  menjelang Bajet 2018, antara lain beliau memberi gambaran secara ringkas mengenai senario ekonomi sebenar semasa dan apa yang telah dirancang untuk memacu negara ke arah masa depan yang makmur, mampan dan inklusif untuk semua.

 

"Anda tidak akan mendengar tentang semua ini daripada pembangkang atau seorang bekas pemimpin negara yang taksub dengan kuasa dan mahu terus memerintah meskipun dalam persaraan, dan menyalahkan saya atas kekalahan anaknya dalam perlumbaan untuk menjadi Naib Presiden UMNO pada tahun 2013, '' kata Najib.

 

Menurut Perdana Menteri lagi beliau enggan mematuhi cara beliau (Dr. Mahathir) kerana yakin bahawa Malaysia memerlukan visi baru, jauh dari cara lama yang telah membawa kepada masalah legasi yang serius yang Malaysia hadapi sebelum ini serta membawa kesan buruk terhadap kebajikan rakyat.  - Kedahnews.com.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com