Lihat Dua Rakan Hilang Di Pusaran Air


“KAYAK rakan terbalik dan saya cuba membantunya, ketika itu dia berada di belakang saya.

“Seorang lagi rakan meneruskan kayuhan namun malangnya kayak dia juga terbalik.

“Kayak kami pula terperangkap dalam pusaran air,” kata Foo Siew Wan, 54, menceritakan detik kayak dinaiki terbalik menyebabkan dua rakan lelakinya dikhuatiri lemas di Pantai Tanjung Tuan, Port Dickson, semalam.

Kejadian 4 petang itu menyebabkan Hew Yoong Loong, 61, dan Leo Shak Kwan, 54, hilang dibawa arus manakala Foo satu-satunya mangsa yang terselamat.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ketika ketiga-tiga mangsa, dari Shah Alam, Selangor, berkayak di pantai terbabit.

"Seorang mangsa (Foo) ditemui selamat dengan berkayak darat melalui pantai Blue Lagoon lewat petang ini,” kata kenyataan itu.

Menurut APMM, pihaknya sudah mengaktifkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) bermula 4.35 petang.

Menurut Foo, mereka mula berkayak pada 2 petang sebelum terperangkap dalam pusaran air.

"Saya segera berpatah balik ke darat untuk meminta bantuan mencari dua rakan yang hilang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Katanya, ini kali pertama berkayak di kawasan ini dan tidak tahu mengenai pusaran air dan ombak kuat.

Sumber: Metro

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com