Lepas IPD Kuala Muda, Boy Iman Diserah Pula Kepada IPD Kubang Pasu


ALOR SETAR - Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A Rahman yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman serta tiga individu lain termasuk seorang wanita telah diserahkan kepada polis di IPD Kubang Pasu, Jitra, bagi membantu siasatan berkenaan penipuan pelaburan binaan rumah membabitkan RM30,000.

Perintah reman yang tamat pada Selasa itu dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin terhadap Boy Iman dan tiga individu tersebut yang berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun yang mana ketiga-tiga mereka merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Pada Isnin, kesemua mereka direman di lokap Ibu Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan mengikut tempat yang mempunyai kes yang berkaitan termasuk di daerah Jitra dan Langkawi.

Perkara tersebut turut disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan, Chan Teck Paing.

"Kesemua suspek didapati juga mempunyai kes yang sama di dearah Jitra dan Langkawi, mereka akan ditahan di daerah yang berkaitan untuk bantu siasatan," katanya yang dipetik dari Sinar Online. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com