Lembaga Zakat Kedah Beri Bantuan Mesin Oksigen Pada Ibu Tunggal


ALOR SETAR - Hasrat seorang ibu tunggal untuk mendapatkan bantuan  mesin oksigen sejak 2014 akhirnya menjadi kenyataan apabila dibantu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) cawangan Baling, semalam.

Umi Kalsom Endut,31, dari Kampung Masjid Sera mengidap penyakit sistemik lupus eritematosus (SLE) sejak tahun 2012.

"Sebelum disahkan diserang SLE, tangan saya bila bangun pagi tak boleh genggam. Lama kelamaan saya tak boleh bergerak.Tapi sekarang alhamdulillah dah mampu berjalan semula.

"Sekarang ni SLE serang bahagian paru-paru pula. Nak bernafas pun susah dan cepat letih. Tahun 2014,  doktor minta saya beli mesin oksigen tapi tak mampu, " katanya.

Dengan bantuan yang dihulurkan oleh LZNK itu sedikit sebanyak telah memberi sinar dan semangat baru untuk meneruskan kehidupan.

"Terima kasih LZNK, sebab membantu meringankan beban . Dari 2015, LZNK dah bantu dengan bantuan RM 450 sebulan," katanya.

Sementara itu, Pengurus LZNK cawangan Baling, Ahmad Mustaqim Zainul Abidin berkata, sumbangan mesin bernilai RM 4,900 itu diharap dapat meningkatkan tahap kesihatan pesakit. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com