Lelaki Tinggi 175sm Ke Atas Pilihan Sajat


KRISIS identiti yang melanda Nur Sajat menyebabkan ramai tertanya-tanya siapakah pilihan hati beliau yang dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya hujung tahun depan.

Sajat memberitahu bahawa dia mahu seseorang yang memahaminya sebagai individu bekerjaya selain mempunyai anak angkat.

“Bukan mudah nak cari orang yang betul-betul faham tentang kita. Lebih-lebih lagi orang yang bekerjaya dan sentiasa sibuk dengan bisnes macam Sajat,” katanya.

Personaliti berusia 32 tahun itu turut memberitahu mengimpikan lelaki yang lebih tinggi daripadanya.

Sajat meletakkan cinta nombor tiga kerana lebih mengutamakan keluarga dan perniagaan. Sajat yang pernah menjalinkan hubungan cinta beberapa kali sebelum ini berkata, kesemua bekas kekasihnya adalah lebih rendah daripadanya.

“Sajat mempunyai ketinggian 172 sentimeter (sm), saya mahu orang yang lebih tinggi daripada Sajat, bolehlah jadi lelaki idaman. Kalau ketinggiannya 175 sm ke atas, kira okaylah,” katanya.

Bagaimanapun Sajat menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini yang bakal menamatkan zaman bujang hanyalah bagi mengulas mengenai lamaran Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

“Cinta ni Sajat letak nombor tiga, sekarang lebih utamakan keluarga dan bisnes. Tak ada pun perancangan nak kahwin lagi. Tapi kalau ada jodoh, adalah nanti,” katanya.

Mengenai dirinya sering dikaitkan dengan jejaka berbadan sasa, Mohd Tishrin Mohd Adnan, Sajat menjelaskan bahawa hubungan mereka sekadar ‘teman tapi mesra mesra’.

Menurut Sajat, selain saling berurusan tentang perniagaan, beliau selesa dengan jejaka yang lebih dikenali Coach Yin kerana memahami perwatakan dan kerjayanya.

“Ya, memang Sajat suka kat dia (Coach Yin) tapi taklah bercinta. Kami berkawan rapat, baru saja kenal, dua tiga bulan, jadi masih di awal perkenalan.

“Mungkin nampak kami begitu rapat di laman sosial, tapi bukan dengan dia saja, mana-mana yang Sajat rapat pun akan tunjuk. Lagipun, lebih baik tunjuk secara terang-terangan, kalau senyap-senyap nanti mengundang fitnah pula,” katanya.

Ditanya adakah tarikan lain pada Coach Yin kerana badannya sasa, Sajat berkata, ciri tersebut terlalu subjektif kerana apa yang penting adalah keserasian.

“Bagi Sajat kalau suka seseorang tu, sado (sasa) ke tak sado ke sangat subjektif. Kalau dah sayang, kita beri sokongan moral, kalau boleh sado, dia akan jadi sado.

“Apa yang penting adalah keselesaan dan keserasian. Maknanya kita selesa dengan dia dan dia selesa dengan kita,” katanya.

 Sumber: PRUtv14

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com