Lelaki Samun Guna Pisau Ditahan Polis Di Kulim


ALOR SETAR - Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana terlibat dalam kegiatan samun bersenjatakan pisau, di Jalan Mahang, Kulim di Kedah, pada Jumaat.

Hasil dari maklumat dan risikan, sepasukan polis menahan lelaki berusia 20-an, yang sememangnya aktif menjalankan kegiatan samun di sekitar daerah SPT tersebut.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Superintendan Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

"Berdasarkan siasatan, lelaki itu dan rakannya terlibat dalam kegiatan samun di sekitar daerah SPT sejak beberapa bulan lepas dan terbaru di Taman Nirwana, Machang Bubok di sini pada 10 September lepas.

"Dalam kejadian jam 10 malam itu, suspek mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan beg tangan dan telefon bimbit sebelum mereka melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal," katanya di sini pada Jumaat.

Menurutnya, mengikut siasatan yang dijalankan, lelaki terbabit yang direman empat hari itu mempunyai 13 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah serta usaha mengesan rakannya berumur lingkungan sama dengan suspek masih giat dijalankan. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com