Lelaki Maut Lori Langgar Pokok Di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau


SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok getah di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.40 petang itu, mangsa, Abdl Rahman Sa’ad, 58,  maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit dalam kenderaan itu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Muda, Superintenden Saifi Abdul Hamid,  pemandu lori itu  dalam perjalanan dari arah Sungai Lalang ke Bukit Selambau untuk mengambil muatan simen longkang di sebuah kilang di Bukit Selambau.

“Bagaimanapun, apabila  mangsa sampai di tempat kejadian, lori yang dipandu hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar pokok getah berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau memberitahu, mayat mangsa yang berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com