Lelaki 40 Tahun Ambil PT3


KUALA LUMPUR  – Seorang lelaki berusia 40 tahun merupakan antara 11 calon persendirian yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di ibu negara, semalam.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Permaisuri, Mohd. Haizir Mohd. Salleh berkata, kesemua calon persendirian itu menduduki ujian tersebut sama seperti calon lain, namun mereka cuma terlibat dengan lima subjek utama sahaja.

“Antara subjek yang diambil oleh calon-calon tersebut adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam.

“Kesungguhan mereka menduduki ujian itu tidak perlu dipertikaikan kerana usaha untuk menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah sesuatu yang sangat berani,” katanya di sini, semalam.

Beliau ditemui di SMK Seri Permaisuri selepas menyampaikan ucap selamat kepada semua calon yang menduduki PT3 di sekolah tersebut.

Mengulas lanjut tentang PT3 di sekolahnya, Mohd. Haizir memberitahu, antara sasaran pencapaian tahun ini adalah gred purata sekolah (GPS) akan meningkat kepada 3.80 berbanding 4.20 pada tahun lalu.

“Saya yakin dan percaya 249 calon yang hadir menduduki ujian hari ini telah bersiap sedia. Tambahan pula, pihak sekolah telah bersungguh-sungguh me­lakukan pelbagai program demi manfaat para pelajar,” katanya.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com