Kuliah Dhuha Di Kuala Ketil Tiada Kaitan Dengan PAS


ALOR SETAR - Tersebar khabar angin yang mengaitkan Kuliah Dhuha di Sekolah Rendah Islam Al Naim dengan aktiviti PAS.

Penganjur Kuliah Dhuha, Mohd Zukhi Ghazali berkata, akibat desas-desus tersebut, jumlah individu yang menghadiri kuliah tersebut dilihat semakin merosot sejak dua bulan yang lalu.

"Kuliah ini sudah dianjurkan dua tahun lalu dan ia disertai peserta pelbagai latar belakang pada hari Sabtu. Ada yang hadir terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, pelajar dan penduduk kampung

"Tetapi jumlah kehadiran orang ramai sebelum ini yang mencecah 200 orang merosot sekitar 70 orang kerana fitnah tersebut," katanya.

Selain itu, disebabkan timbulnya fitnah kononnya bakal kehilanganBantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) sekiranya mengikuti siri kuliah itu, orang ramai dilihat seperti takut untuk menghadiri kuliah tersebut.

"Mungkin orang yang berkata demikian tidak yakin rezeki adalah daripada ALLAH, bukannya manusia," katanya.

Mohd zukhi turut menyatakan kekesalannya terhadap pihak yang bertanggungjawab menuduh Kuliah Dhuha tersebut disampaikan oleh penceramah yang tiada tauliah.

Dakwaan yang dilemparkan tersebut jelas menunjukkan mereka terdesak untuk menyekat syiar Islam berkembang, khususnya di Kuala Ketil.

"Semua penceramah dijemput mempunyai tauliah dan berkelayakan. Malah setiap penceramah dijemput bebas daripada politik kepartian.

"Penceramah yang dijemput terdiri daripada institusi pengajian tinggi,  penceramah motivasi, pondok, dan jabatan kerajaan seperti PDRM dan doktor perubatan," katanya.

Bagaimanapun, cubaan mensabotaj kuliah dijalankan selama ini tidak akan -menghalang usaha dakwa itu. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com